Thursday, May 6, 2010

Pelancaran Dana Pendidikan Islam dan Khalifa Motor Oil

Khalifa Lube Enterprise telah mengadakan pelancaran serentak produk minyak pelincir Khalifa Motor Oil dan Dana Pendidikan Islam untuk Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.
Majlis Pelancaran telah disempurnakan Exco Kerajaan Negeri, Dr Hamdan Mohamed Khalib di Madrasah Zubaidiyah, Merbok pada 11 Mac lalu.

Dalam ucapannya, Dr Hamdan memuji usaha syarikat tersebut yang disifatkannya lebih awal mendahului saranan Perdana Menteri berkenaan ‘Corporated Services Responsibility’ (CSR) selain memperbanyakkan produk Muslim di pasaran.

Katanya, walaupun beliau maklum keuntungan diperolehi syarikat tersebut tidak berapa, namun peruntukan khas RM2 dari setiap botol jualan minyak pelincir oleh syarikat itu harus dipuji.

Beliau turut menyeru agar semua pihak berlumba membuat kebajikan sebagai bekalan bertemu dengan Allah dan segala sumbangan peribadi yang dilakukan dengan ikhlas pasti mendatangkan kepuasan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Mohamed Ismail yang mewakili Ustaz Ahmad Yahya iaitu Duta Produk Khalifa, telah menerima bahagian jualan bagi bulan Januari dan Februari produk Khalifa.






Kempen Dana Pendidikan Islam


Produk Khalifa



Selamat Datang

Selamat Datang ke blog Khalifa Motor Oil